Elyana sudah pilih nama anak
Sunday, September 13, 2009
"Saya belum fikirkan lagi berapa bilangan anak yang dirancang, namun telah memilih nama yang ingin diberikan," ujar Elyana sambil ketawa.
Bakal mendirikan mahligai tahun depan bersama jejaka pilihan, Khairul Anuar Haji Husin, menurut Elyana, beliau ingin majlis perkahwinan yang sederhana, namun hanya menurut apa yang ditetapkan oleh kaum keluarganya.
"Saya nak yang simple tapi bila ramai sangat yang campur tangan, tak tahulah akan jadi macam mana. Grand kot.
"Ikutkan hati kami merancang untuk bernikah awal tahun depan, namun tak sempat kerana masing-masing sibuk. Tapi majlis tetap akan diadakan tahun depan cuma tarikh belum ditetapkan lagi. Apa yang penting, saya nak semua ahli keluarga dan sanak saudara ada masa perkahwinan saya," ujar pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal ini.
Berat Naik 57kg
Melihatkan penampilan terbaru yang agak berisi berbanding sebelumnya membuktikan dia sedang bahagia menyulam cinta bersama tunang tersayang.
"Memang tunang suka bila saya kuat makan. Kami sama-sama makan banyak tapi badan dia tetap maintain, badan saya pula yang naik. Tambahan pula, sekarang saya sibuk dengan shooting, so bila penat saya akan makan sebanyak yang boleh," ujar Elyana yang popular dengan lagu Kalis Rindu.
Menyingkap kembali pertemuan dengan tunangnya, Elyana menjelaskan pada mulanya mereka tidak menyukai antara satu sama lain dan sering bertengkar.
"Saya pun tak sedar bila kami mula rapat kerana permulaan perkenalan tidak begitu baik. Mungkin kerana dia seorang yang matang dan cool membuatkan hati jatuh cinta kepadanya.
"Dia memilih saya sebagai seorang insan biasa, bukan sebagai seorang artis. Kami menerima seadanya kebaikan dan keburukan masing-masing," ujarnya yang akan menyambut Aidilfitri bersama tunang di Lanchang, Pahang.
Walaupun berita perceraian menjadi-jadi tersebar di dada akhbar, namun bagi Elyana semuanya sudah ditakdirkan dan terkandung hikmah di sebaliknya.
"Bagi saya sendiri, jika kita takut dengan apa yang dilihat saban hari mengenai keretakan rumahtangga orang, sampai bila pun kita tak akan berkahwin. Ibu bapa saya telah pun merestui hubungan ini jadi kami akan meneruskan apa yang telah dirancang.
"Saya telah berkawan dengan ramai orang dan telah melalui pelbagai karenah. Namun tunang saya sekarang adalah yang terbaik pernah saya kenali untuk dijadikan suami dan peneman hidup," tambah Elyana yang akan mengeluarkan album terbaru hasil sentuhan Aidit Alfian. - MANGGA ONLINE
0 comments:
Post a Comment