Showing posts with label Update. Show all posts
Showing posts with label Update. Show all posts

Salam Ramadhan 1434h!

Tuesday, July 9, 2013

Salam semua! Alhamdulillah kita lagi sekali diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia ini. Kami mewakili #ElyanaTeam dan Elyana sendiri mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua. Harap-2 puasa tahun ni semua cukup macam tahun-2 lepas la yek :) InsyaAllah!

OH! Lupa, 3 hari lepas (5 July) adalah birthday Kak Nana kita ni. Kitorang busy sampai lupa nak update. So kepada Nana, happy belated birthday kami se-fans ucapkan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, insyAllah! :)

Read more...

Juri untuk rancangan realiti?

Friday, November 23, 2012

"Jury for reality show. Poly Boutique TV show."

Elyana jadi juri? I guess so. I did some research and Poly-Boutique ni adalah satu jenama yang dibangunkan oleh Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia aka MPEC. So ianya macam pentas peragaan laa. Bila show ni akan ditayangkan, kitorang tak tahu. Katanya, episod pertama pun belum habis shoot lagi, so just wait.

Anyway, she looks stunning as always, isn't she? :D

Read more...

BUTIK!

Wednesday, July 25, 2012

Nampaknya Nana dah buka dia punya butik.. Harapan untuk membuka butik, dengarnya dah lama dipendam, alhamdulillah berjaya jugak :) Butik tu dibuka pada 23 Julai, dan katanya butik tu menjual pakaian wanita, untuk mereka yang muda dan berumur pun ada juga. Butiknya tu terletak kat Temerloh, Pahang. Nama butik tu, katanya 'E!'. Kitorang akan dapatkan maklumat lagi tentang tu. Stay tuned :)

Read more...

[Gambar] Travelog Air Asia @ Honeymoon

Thursday, July 5, 2012

Kitorang ada dapat beberapa gambar daripada Elyana sendiri, ketika beliau dan hubby dan krew-krew Travelog Air Asia berada di Laos. InsyaAllah, episod ni akan keluar bulan Oktober nanti. Stay tuned :)
Link
More photos, here!

Read more...

Laos!

Tuesday, June 26, 2012

16 June hari tu, Nana dan hubby beliau ke Laos, katanya untuk shooting Travelog Air Asia.. Kitorang ada dapat satu je gambar dari shooting tersebut. So nantikan episod ke Laos, Oktober ni okay? :)

thanks Rozinor

Read more...

Masuk hospital.

Tuesday, May 22, 2012

Baru-baru ni, Nana ke klinik untuk buat check-up dan 4 hari yang lepas, Nana buat operation. Ramai jugak yang tanya kenapa. Nana jawab ada bola-bola api kat tengkuk dan paru-paru dia (apakah). But everything's fine now, alhamdulillah! :)

Sempat je dia buat lawak :p




Read more...

More Updates**

Wednesday, March 14, 2012

Salam semua! Sorry sebab lama tak update. Admin busy :p
Gambar kat atas dengan Cinta ni masa tunggu turn untuk sunat pada 3/3/2012. Cinta dah besar!

So, shooting untuk drama 'Menantu 3 Rasa' dah lama habis, now Nana sedang shooting drama terbaru plak bertajuk 'Masyitah'. Dalam drama ni Nana pegang watak gadis baik-baik kot, tengok jela gambar-gambar ni. Ayu je pakai tudung :) Nantikan drama ni k.


Read more...

Cinta Sate 18 April

Tuesday, April 12, 2011


Yay! Finally. Jangan lupa melekat kat kaca TV korang nanti pada 18 April ni, Astro Warna. Jam berapa kena tengok iklan balik ah heheh :p K Trimas!

p/s : OHHH! lupa.. korang jangan tertipu dengan acc FB Elyana yang lain. Beliau just ada satu FB je. Erneelya Elyana Emrizal, gambar dok atas pelamin tu haaa :D trimas.

Read more...

(Gambar) Cinta Sate & Backstage MM26

Saturday, March 26, 2011



Lagi update, gambar-gambar daripada shooting 'Cinta Sate' dan before perform untuk MM26.
Di ingatkan lagi, jangan lupa tengok Elyana perform dalam MM26 untuk pencalonan terbaru, Sabtu depan (02/4) ok. Trimas!

thanks MM26 dan Nana.

Read more...

Sewaktu Dulu-dulu @ Muzik-Muzik 26

Thursday, March 24, 2011

Ahaa, Selasa lepas, Elyana ke Sri Pentas untuk rakaman muzik-muzik 26 untuk pencalonan baru. Sewaktu Dulu-dulu menjadi taruhan beliau kali ni, yay! So, semua jangan lupa undi. Make sure, Nana masuk ke final lagi kali ni :D Dan jangan lupa, tengok Nana Sabtu (02/4) ni. Trimas!


Ohh, kami ada terima satu gambar, posing while shooting drama terbaru 'Cinta Sate'. Thanks to Daniel.


Read more...

Shooting lagi..

Saturday, March 19, 2011


Sekarang ni, Elyana sedang ber-shooting satu lagi drama Astro bertajuk 'Cinta Sate' yang akan disiarkan di Astro Warna. Tunggu untuk itu drama k. Any info, akan di update soon. Trimas!

Read more...

Butik?

Thursday, March 10, 2011


Yay! Nampaknya makcik kita ni nak buka perniagaan butik. Dalam status FBnya baru-baru ni, dia ada tanya, yang mana better, E! Renjis, Elyana Renjis, Elyana Bridal or E! Renjis Bridal. Hmm, so kalau korang rasa yang mana lebih baik, why not drop your suggestion? Trimas! :D

Read more...

Sewaktu Dulu-dulu MP3

Monday, February 28, 2011



Tengah boring-boring ni, sangat eloklah kalau kita mendengar lagu Elyana yang terbaru ni, Sewaktu Dulu-dulu. Sangat best lagu ni. Teruskan meng-request lagu ni kat radio k :D

Lirik:

Apa yang telah kau tiupkan ke semangatku
Nak ku melenting namun aku tertunduk diam
Berjuta ayat aku lemparkan
Tak sepatah bibirku dapat luruskan

Ku tahu kau tahu ku dalam genggamanmu
Tak perlu kepintaran tinggi untuk mengerti
Tapi encik, kau sudah melampau
Memperduakan ku dengan dia..

Chorus:

Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan berkasar terhadapmu..

Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, mahu ku ingatkan
Jangan tersalah buat pilihan

Chorus:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu

Ooohh.. jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka..
Ooohh.. Jangan tak menyangka..
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila..

Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, sekarang mahu ku ingatkan
Jangan sampai engkau tersalah buat pilihan

Chorus 2:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu,
Tak mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu..

Ooohh.. jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka..
Ooohh.. Jangan tak menyangka..
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila..

Read more...

New hair style!

Sunday, February 6, 2011


Cantikkan? hehe. Katanya, gaya rambut ni, dia yang buat sendiri. Memang, gaya rambut fringe sgt sesuai utk beliau xx

Read more...

HONEYMOON to BEIJING

Thursday, January 20, 2011

Semalam, dalam pukul 10pm macam tu, Elyana dan hubby-nya telahpun meninggalkan Malaysia untuk ber-honeymoon di Beijing. Dalam status FBnya yang lepas, Nana ada mintak suggestion daripada peminat-peminatnya tentang kemana tempat yang paling best utk pergi. Ada yang kata Australia, Paris, Cairo, Bali, Cina dan bermacam tempat lagilah. Tapi akhirnya Beijing, Cina juga dipilihnya.

Katanya, mereka akan berada di negara orang tu untuk 8 hari je. Kira seminggulah! Papepun, harap selamatlah dorang kat sana, amin :)


Read more...

New Single 2011

Tuesday, January 18, 2011


Seperti yang kami war-war kan sebelum ni yang single terbaru daripada Elyana akan muncul dan ia telah pun muncul. Kepada sesiapa yang dah dgr tu, baguslah. Apa komen anda? Dan kepada yang belum lagi tu, selalulah dengar radio, keluarlah nanti :) Jangan lupa untuk terus meng-request lagu Elyana, Sewaktu Dulu-dulu di radio pilihan korang.. Trimas!

Dan nantikan FULL album :)

Read more...

4 Weeks Pregnancy

Saturday, January 8, 2011


Kami baru terima mesej daripada Elyana yang menyatakan yang usia kandungannya baru 4 minggu. Sebulan la tu :) Harap dia jaga kandungan tu bebaik, dan dirinya jugak. Hope the best 4 her xx

Read more...

Nana Pregnant?


Alhamdulillah! Itulah satu satunya perkataan yang boleh diucap sekarang. And YES! Elyana sekarang lagi mengandung. Maybe beberapa minggu baru usia kandungan tu. Sama samalah berdoa dan berharap agar kandungan beliau tu terjaga dan akan dilahirkan dengan selamat :) InsyaAllah, lepas raya, kuarlah baby tu :)

Read more...

Tuesday, December 14, 2010


Kami baru je check blog Abg Nara tadi, dan ternampak post ini :D Thanks kepada Abg Nara kerana menjenguk blog ini dan bagitau semua yang gadis itu bukan Elyana..

Sekarang, kita just tutup kes ini. Done!

Read more...

Komen SuperB!

Monday, December 13, 2010


Kami ada terima satu komen mengenai video tersebut yang kami rasa ada betulnya. Kalau gadis tu Elyana, so what? Dia muda lagi kot masa tu, even belum khawin. Dan si pengambil video itu juga adalah pesalahnya kerana tidak amanah.

klik utk besarkan

Ala, biasa lah kan. Kita semua ada melakukan kesilapan yang kita sendiri tak perasan. So, berhenti menyalahkan orang lain kerana kita sendiri ada kekurangan. :D

Read more...