Congrats Nana!!

Wednesday, June 17, 2009

‘K’ (baju petak) menjadi pilihan Elyana walaupun jarak usia mereka ialah 12 tahun.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi yang sinonim dengan kaki ayam dan sifat selamba, Elyana, 22, akan menjalani satu tingkat dalam fasa kehidupannya sebagai gadis.

11 Julai bakal menyaksikan pemegang nama Erneelya Elyana Emrizal menjadi tunangan kepada K (nama mahu dirahsiakan), seorang pengusaha restoran sushi di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Tiga tahun menyemai cinta bersama, hati mudanya kini bersedia untuk memulakan langkah ke alam perkahwinan.

Pada awal perkenalan, ‘jejaka sushi’ tersebut tidak mengenali Elyana sebagai seorang penyanyi. Perkenalan yang diusulkan seorang kawan itu juga bermula hambar.

Namun bak kata pepatah, ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu jua. Jalinan cinta terbentuk setelah masing-masing merasakan ada magnet dan listrik antara mereka.

Selama berkawan, Elyana yang mesra dipanggil Nana dengan bakal tunangannya, K, tidak terlepas daripada menjadi bahan tohmahan orang kononnya mereka tinggal serumah.

Elyana tidak lagi tinggal bersama di kediaman ibu bapanya sejak lebih setahun lalu, sebaliknya pulang ke rumah sendiri kerana mahu berdikari.

Elyana juga turut dikaitkan dengan pengacara Ally Iskandar.

Namun, segala cakap-cakap belakang itu bakal terungkai apabila penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini memilih K sebagai tunangan.

Hati mudanya sudah bersedia ke arah itu termasuk menghadapi dugaan menjadi tunangan orang.

Dengar khabarnya nak bertunang ya?
Betul, saya akan bertunang pada 11 Julai ini. Majlis itu akan diadakan di Restoran Jeumpa D’Ramo, Bangsar selepas solat Zuhur.

Kenapa tidak dibuat di rumah keluarga di Shah Alam?
Awalnya mahu dilakukan di rumah sahaja tetapi memandangkan jiran saya sedang buat renovasi rumah, jadi rasanya tidak sesuai. Sebab itu saya dan keluarga memilih Jeumpa D’Ramo.

Apa tema yang dibuat untuk majlis ini?
Tiada tema. Biasa-biasa sahaja. Kami akan buat hantaran sembilan dulang berbalas tujuh. Sekarang pun tengah sibuk buat persiapan. Pening juga dibuatnya (ketawa).

Berapa lama ikat tali pertunangan?
Tidak tahu lagi. Tempohnya akan ditetapkan pada tarikh 11 Julai nanti.

Kenapa tidak pilih tarikh 5 Julai sempena hari jadi Elyana?
Awalnya memang mahu memilih tarikh hari jadi saya tetapi memandangkan hari tersebut jatuh pada hari terakhir ibu saya akan menghadiri kursus haji, kami bersetuju menganjakkannya ke 11 Julai.

Elyana sudah bersedia menempuh dugaan alam pertunangan pada usia muda?
Saya bersedia. Bagi saya bertunang adalah sebagai tanda kita milik pasangan kita. Pertunangan juga menunjukkan hasrat kita untuk berkahwin. Sudah sampai jodoh dan saya sudah bersedia sepenuhnya untuk masuk ke alam rumah tangga.

12 tahun perbezaan usia, apa yang menjadi persamaan antara Elyana dan K?
Dulu saya tidak pernah serius. Saya tidak letak 100 peratus kepercayaan dan sayang kepada teman lelaki yang dulu-dulu sebab saya takut. Tapi kali ini lain. Saya alami perasaan yang berbeza. Saya rasa selamat dan selesa dengan K.

Dalam apa jua situasi, kami sentiasa terbuka dan tidak pernah sorokkan diri sebenar. Itu yang membuatkan saya yakin. - KOSMO

p/s: yang 15 Julai tu,kabar angin jela yerk!

Read more...

Elyana bertunang 15 Julai ni??

Monday, June 15, 2009

SUDAH lama Joyah tak dengar kisah Elyana yang sering hadir secara unik di pentas. Berkaki ayam, itu aliran yang dibawa Elyana yang kini juga amat 'laku' dalam bidang lakonan.

Pernah juga Elyana yang comel lote ini panas sekejap dengan kisah-kisah cintanya dengan seorang jejaka, pemilik sebuah restoran.

Tak lama selepas itu kisah percintaan mereka senyap sahaja. Elyana pun Joyah tengok tak berapa gemar sangat nak bercerita soal hati dan perasaan.

Tapi baru-baru ini Joyah terdengar yang Elyana dan buah hati pengarang jantungnya itu sudah merancang mahu mendirikan rumah tangga.

Wah! Nampaknya dalam senyap-senyap mereka merancang. Baguslah begitu. Tunggu lama-lama pun tak guna.

Khabarnya Elyana dan belaian jiwanya itu memilih 15 Julai ini untuk mengikat cinta mereka dengan tali pertunangan.

Khabarnya kekasih Elyana pun tengah sibuk buat persiapan. Dengarnya baru-baru ini dia dah keluarkan duit simpanan untuk majlisnya itu.

Mesti sekarang hati Elyana sedang berbunga bahagia kan. Iyalah, tak lama lagi akan disunting buah hati.

Nantilah Joyah risik-risik ya bila pula mereka nak melangsungkan perkahwinan dan berapa jumlah hantaran yang akan diterima. - PANCAINDERA, UTUSAN

Read more...

Run For Fun - Astro Ceria

Tuesday, June 9, 2009

Program Run For Fun dianjurkan oleh Astro Ceria... Tak berapa pasti kat mana and bila?! Maybe dah lama or baru.. Anyway,new pics 4 u guys!







Read more...

Elyana akui bakal bertunang!


Gua | 3 Jun

Selepas isu dikatakan menghidap penyakit misteri, pelakon serta penyanyi popular Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana seakan menyepikan diri daripada dunia seni. Tidak banyak cerita terbaru tentangnya dipaparkan di media massa.

Namun berkesempatan bertemu dengannya baru-baru ini, Elyana mengakui dia bukan menyepikan diri seperti yang disangka oleh kebanyakan orang sebaliknya dia terlalu sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama baru termasuklah drama bersiri 26 episod, ‘Katrina Kamelia’ yang bakal ditayangkan di Astro tidak lama lagi.

"Sekarang saya berehat seketika sebab penggambaran drama tersebut sangat memenatkan dan mengambil masa yang agak panjang iaitu empat bulan. Saya menerima beberapa tawaran lain dan masih mempertimbangkannya. Kalau boleh saya tidak mahu jadual seni saya bertindan antara satu sama lain," ujarnya.

Dalam pertemuan itu juga, anak kedua daripada empat beradik itu turut ditanya tentang khabar angin yang mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Bagaimanapun penyanyi yang terkenal dengan imej 'berkaki ayam' itu menafikan akan perkara tersebut tetapi tidak menolak kemungkinan untuk bertunang pada tahun ini. Namun tidak banyak yang boleh diceritakannya kerana segalanya masih terlalu awal.

"Kalau nak cakap saya akan berkahwin pada tahun ini rasanya tidak. Tetapi saya mungkin akan bertunang. Namun segala-galanya masih di dalam tahap perbincangan dan kalau segala-galanya berjalan lancar, saya akan hantar kad undangan kepada semua," jelasnya ceria.

Diasak dengan pelbagai pertanyaan tentang majlis pertunangan yang bakal dilangsungkannya, penyanyi yang popular dengan lagu “Tak Tercapai Akalmu” dan “Kalis Rindu” itu enggan mendedahkannya. Katanya segala-galanya masih terlalu awal dan dia risau jika perancangan tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang.

"Kalau betul saya jadi bertunang, saya akan beritahu semua. Buat masa sekarang saya belum buat apa-apa persiapan kerana masih terlalu awal. Nanti kalau tak jadi, saya juga yang malu," katanya.

Ditanya tentang lelaki bertuah yang sedang bertakhta di hatinya kini, anak kelahiran negeri Selengor itu memberitahu dia sudah agak lama berkawan dengannya dan selesa dengan perhubungan tersebut.

Apa yang pasti katanya, lelaki itu tidak terlibat langsung dengan industri seni negara tetapi sentiasa memberikan sokongan kepada kerjaya seninya.

"Dia seorang ahli perniaagaan. Apa yang boleh saya harapkan, agar perhubungan ini berkekalan. Cukuplah buat masa ini kerana itu sahaja yang boleh saya katakan," katanya yang cuba mengelak untuk bercerita lebih lanjut tentang teman istimewanya itu.

Bercerita tentang kerjaya nyanyiannya, pelakon yang cukup terkenal melalui drama bersiri 13 episod, ‘Renjis’ sebelum ini memberitahu sepatutnya dia telah lama masuk ke studio rakaman untuk merakamkan lagu-lagu terbaru.

Namun kesibukannya di lokasi menyebabkan perancangan tersebut ditangguhkan buat seketika. Ini kerana Elyana tidak mahu melakukan sesuatu kerja secara tergesa-gesa kerana dia mahu menghasilkan sebuah album yang berkualiti untuk para peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepadanya selama ini.

Katanya album terbarunya masih mengekalkan konsep yang sama seperti album terdahulu dan mengekalkan penerbit yang sama iaitu Aidit Alfian. Katanya dia selesa bekerjasama dengan Aidit kerana komposer tersebut tahu akan kekuatan vokal serta kelebihan yang ada pada dirinya.

"Sudah sekian lama saya bekerjasama dengtan Aidit. Malah peminat juga mengakui lagu-lagu Aidit yang saya nyanyikan cukup serasi dengan saya. Oleh sebab itu saya sentiasa mahu bekerjasama dengannya.

"Apa yang penting kami sudah tahu dengan cara kerja masing-masing kerana ia akan memudahkan proses rakaman yang akan kami lakukan," ujar Elyana yang sebelum ini pernah dilabekan sebagai seorang penyanyi yang suka berpenampilan seksi.

Read more...