(Video) Live @ Gah1

Monday, May 31, 2010

Semalam,sudah berlangsungya acara gilang gemilang,GAH1 yang dulunya dipanggil HITS1.. Dan TAHNIAH kami ucapkan kepada para pemenang!

Ramai artis yang dijemput sebagai undangan untuk membuat persembahan kat sana dan Elyana tidak terkecuali. Nana menyampaikan dua buah lagu ; Melodi Hati - Shawn Baharin dan Kwek Mambo - P.Ramlee ..

Dan tentunya,kedua-dua persembahan itu MELETOP ;p ..
Jum tengok video Elyana menyampaikan lagu Melodi Hati di GAH1 semalam ...


Read more...

Elyana : Ia Akan Berlaku

Saturday, May 29, 2010

Lagi berita terbaru tentang Nana yang dipetik dari GUA!

'Dunia Baru Reunion' merupakan penampilan drama pertama Elyana setelah sekian lama mendiamkan diri.

Kongsinya, bukan tiada tawaran yang diterima tetapi semuanya ditolak kerana dia tidak yakin dengan penampilannya. Seperti ramai yang sedia maklum, penyanyi "Kalis Rindu" ini kini tampil lebih berisi.

Buat mereka yang menyangka kenaikan berat badan Elyana disebabkan dia ditinggalkan tunangnya, Khairul Anuar - kononnya sebab itulah majlis perkahwinan mereka tidak jadi diadakan pada Julai depan - kata Elyana, "It's still on."

"Ia akan berlaku, insyaAllah, dalam tahun ini juga. Bila kami bertunang pada Julai lalu, persetujuan kami adalah untuk bertunang selama setahun.

"Penangguhan ini disebabkan beberapa faktor, seperti dewan yang kita nak takde, masa pun tak sempat kerana jadual kerja kami yang sibuk."

Tentang punca kenaikan berat badannya, jelas Elyana, kemungkinan ia berlaku sewaktu penggambaran 'Katrina Kamelia'.

"Selama empat bulan, hari-hari saya makan. Berat pun naik dari 55kg ke 62kg. Tapi saya dah mula kawal makan. Saya tak pergi gim, cuma elak dari makan waktu malam. Saya memang gila makan malam. Sekarang berat dah turun 3kg."

"Rasanya macam didera"
Penurunan berat badannya memudahkan Elyana memberi persetujuan untuk turut sama di dalam 'Dunia Baru Reunion'.

"Selama ini, ramai yang minta agar 'Dunia Baru' disambung. Jadi, bila ditawarkan, saya terus kata 'Ya'. Ia sebagai satu hadiah buat peminat yang sudah lama menunggu. Selain itu, saya juga rindu dengan kawan-kawan semua. Susah nak cari peluang untuk berkumpul bersama."

Bercerita tentang wataknya, Opie, kongsi Elyana, dia sudah bersaiz XXXL dan sebab itu, tidak yakin dalam setiap perkara yang dilakukannya. Kerana keadaan fizikalnya, dia juga sering dibuli.

Untuk mendapatkan tubuh yang lebih tembam, Elyana terpaksa memakai sut yang diperbuat dari span.

"Rasanya macam didera," kongsinya kepada GUA tentang pengalamannya memakai sut span. "Susah nak berjalan sebab ia ketat dan di dalamnya, memang panas sampai berwap. Satu cabaran hendak berlakon di dalam sut itu."

"Senang kerja dengan Aidit"
Selesai sudah dengan penggambaran 'Dunia Baru Reunion', Elyana akan menumpukan perhatiannya pada album baru. Lagu-lagunya sudah ada, cuma menunggu masa untuk masuk studio dan rakam.

Seperti biasa, Elyana akan bekerjasama dengan pengubah lagu popular, Aidit Alfian.

"Dia seorang yang pelik. Sukar untuk menjangka apa dia nak cakap. Saya mula bekerjasama dengannya sejak saya di Tingkatan 1 lagi. Dia memahami apa yang saya nak dalam muzik saya," terang Elyana tatkala ditanya mengapa Aidit sering menjadi pilihannya bila menghasilkan album.

"Orang lain mungkin kata mereka faham tapi bila buat, hasilnya lain dari apa saya nak. Senang kerja dengan dia. Dia pandai bagi 'mood'. Tetapi untuk album ini, bukan semua lagu karya Aidit. Enam darinya adalah daripada komposer lain seperti Ajai."

Masih mempertaruhkan konsep pop rock, album tersebut bakal memperlihatkan kelainan dari segi kematangan muzik dan lirik, seiring dengan peningkatan usia Elyana yang bakal memasuki 23 tahun pada 5 Julai ini.

credit : GUA

Read more...

Opie XXXL ?

Okay! Bercakap mengenai drama terbaru Elyana ni, Dunia Metropolitan itu adalah Dunia Baru The Reunion . Dan tentunya ramai peminat-peminat drama bersiri Dunia Baru diluar sana ternanti-nantikan drama ini.. Jum baca article yang dipetik dari Gua.com.my nih!

" Seperti yang didedahkan oleh Normah Becok dalam ruangan 'Dengarnya' hari ini, drama bersiri kegemaran ramai, 'Dunia Baru' bakal kembali menemui peminat. Lebih tepatnya, pada 7 Jun depan. Tetapi kali ini, bukan di kaca TV tetapi online, dan hanya di gua.com.my.


Kisah 'Dunia Baru The Reunion' menemukan para peminat dengan watak-watak kesayangan mereka seperti Opie, Tajol, Madihah dan Anizah selepas mereka sudah meninggalkan universiti dan kini menempuh kehidupan di alam pekerjaan.

Selain itu, banyak jugalah perubahan peribadi yang mereka lalui. Ada yang dah berkahwin, ada juga yang sudah memiliki cahaya mata. Tapi, ada yang perangainya tak ubah-ubah seperti dulu. Namun, perubahan yang paling mengejutkan semestinya pada diri Opie. Gadis pujaan lelaki ketika di universiti dulu sudah menjadi bahan ketawa, gara-gara berat badannya yang mencecah 100 kilo!

Kalau nak tahu perkembangan cerita selanjutnya, kena-lah layari gua.com.my bermula 7 Jun ini.

Dan semestinya soalan yang bermain di fikiran ramai, adakah 'Dunia Baru The Reunion' akan tampilkan pelakon asal drama bersiri tersebut? Berita baiknya, barisan pelakon utama telah kembali untuk menjayakan drama online ini, termasuk Elyana, Anne Ngasri, Wan Elyas, Anita Baharom dan Nur Zazlen Zulkifli. "

credit : GUA

Read more...

(Gambar) Lagi Elyana Bertudung!

Sunday, May 23, 2010

Dulu kita dah tengok gambar-gambar Nana bertudung .. Nak tengok yang LATEST?? Jum!


Gambar-gambar ni,kitorang dapat kat Nana punya FB .. Baru je diupdate olehnya ni.. Katanya ke Lanchang Pahang ziarah kubur arwah mami n dadi tunangnya...


Read more...

Friday, May 21, 2010


DUNIA METROPOLITAN
akan disiarkan melalui laman web GUA. Selalulah check web tu ok. Kitorang jugak akan inform korang semua nanti!



Read more...

Dunia Metropolitan!

Wednesday, May 19, 2010

Sekarang ni, Cik Nana kita sedang ber-shooting sebuah telemovie rasanya. Bertajuk 'Dunia Metropolitan'. Untuk saluran apa,kami tak pasti lagi.

Telemovie ni melakukan pengembaraannya disekitar Selangor ; kat Seksyen 7, Ampang, Kota Damansara etc..


Dan kepada anda yang menantikan lakonan terbaru Elyana,jangan lupa untuk terus stay-tuned bersama kami untuk updates selanjutnya :D

Read more...

Selamat Ulang Tahun Uncle !

Tuesday, May 18, 2010

Hari ini, 18/05 adalah tarikh dimana hari lahir daddy Elyana yang ke .... kitorang pun tak sure LOL!

Apa-apa pun,kami di ElyanaTeam doakan agar beliau selalu sihat,panjang umur dan dimurahkan rezeki .. Amin!!

HAPPY BDAY UNCLE !!!
XOXO~

Read more...

TGI FRiDAY'S!

Sunday, May 2, 2010

Sekarang ni, Elyana berada di T.G.I FRiDAY'S bersama tunangnya,untuk mengisi perot. Kami baru je dapat gambar-gambar ni dari facebook beliau..

Bestnya ~



Read more...

Elyana Sembunyi Kerana Malu?

Saturday, May 1, 2010

Kemunculan Elyana membuat persembahan di majlis Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) baru-baru ini agak mengejutkan tetamu yang hadir. Bukan kerana dia tidak mampu menyampaikan lagu dengan baik, sebaliknya bentuk badannya yang berisi yang membuatkan ramai terkejut.

Adakah ini penyebab Elyana menyembunyikan diri selama ini? Untuk menjawab persoalan itu, GUA telah dapatkan Elyana untuk memberikan penjelasan. Menurut penyanyi yang gemar berkaki ayam ketika membuat persembahan ini, memang dia mengelak daripada terlibat dengan mana-mana sesi photografi kerana kurang selesa dengan berat badannya sekarang ini.

“Saya akui memang sekarang ini saya kurang yakin dengan penampilan diri. Berat badan saya yang naik mendadak membuatkan saya mengelak daripada terlibat dengan mana-mana sesi fotografi. Tapi ini bukanlah bermakna saya tidak melakukan sebarang aktiviti. Saya masih menerima undangan nyanyian. Selain itu, saya juga baru selesai mengacarakan sebuah rancangan masakan yang akan bersiaran di RTM tidak lama lagi,” ujar Elyana.

Bercerita lanjut tentang kenaikkan berat badannya itu, Elyana yang akan muncul dengan album baru hujung tahun ini memberitahu sekarang ini berat badannya sudah mencecah 62 kilogram, berbanding dahulu beratnya hanya 51 kilogram. “Memang saya risau dengan pertambahan berat badan ini. Hendak katakan badan naik kerana selera makan bertambah, rasanya tidak pula. Selera makan saya sama macam dulu. Cuma sekarang ini kalau saya kontrol makan pun, berat badan saya tidak turun. Sedangkan sebelum ini makan banyak mana pun, berat badan saya tidak naik.

Saya sudah pun jumpa dengan doktor sebab takut kalau ada masalah kesihatan lain. Tapi doktor cakap tiada apa-apa masalah, mungkin kerana perubahan hormon. Sekarang ini saya sedang berusaha untuk dapatkan berat badan asal. Selain berdiet, saya juga luangkan masa ke gim memandangkan sudah setahun Celebrity Fitness menaja keahlian saya.” ujar Elyana yang mengaku tidak mengambil sebarang pil pelangsingan.

“Dulu saya pernah makan pil, tapi apabila saya berhenti mengambilnya, berat badan saya jadi bertambah naik. Sekarang ini saya memang tidak berani dan tidak mahu ambil sebarang pil pelangsingan,” tambah Elyana.

Kurangkan berlakon
Jika diperhatikan, akhir-akhir ini memang kurang cerita tentang karier nyanyian Elyana. Mungkin kerana Elyana sibuk dengan dunia lakonannya. Silap-silap ada yang terlupa bahawa karier seni gadis ini bermula dengan nyanyian. Menyedari hakikat itu, Elyana tekad mahu mengurangkan aktiviti lakonannya bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada pembikian album terbarunya.

“Saya rasa orang sudah mula lupa yang saya sebenarnya seorang penyanyi. Sebab itu tahun 2010 ini saya mahu fokus pada nyanyian dan kurangkan berlakon. Kalau ikutkan minat, saya lebih suka menyanyi daripada berlakon dan mengacara. Saya ceburi bidang lakonan dan mengacara kerana ingin tingkatkan kemahiran berkomunikasi ketika membuat persembahan di pentas. Kedua-dua bidang ini memang banyak membantu.

Tetapi ini tidak bermakna saya tidak akan berlakon langsung. Saya cuma tidak mahu ambil tawaran berlakon drama bersiri. Untuk telemovie rasanya tidak ada masalah kerana tempoh penggambarannya tidak terlalu lama,” ujar Elyana. Mengikut perancangan, Elyana akan muncul dengan album terbaru pada hujung tahun ini. Seperti biasa, Elyana masih mengekalkan Aidit Alfian sebagai komposer.

“Saya akan masuk studio tidak lama lagi. Saya masih kekalkan Abang Aidit dan konsep yang sama. Cuma kali ini susunan muzik dan lirik lebih matang. Album itu nanti akan memuatkan 10 lagu sebab syarikat rakaman saya, FMC masih berani untuk keluarkan album penuh. Saya rasa tak salah buat album penuh sebab peminat yang beli nanti akan rasa lebih puas hati,” kata Elyana. Ada buat sebarang lagu atau lirik untuk album terbaru ini?

“Tidak ada lagu atau lirik yang saya buat sendiri untuk album terbaru ini. Memang saya ada buat lagu sendiri, tapi saya tak berani hendak bagi pada Abang Aidit, takut dia gelakkan. Saya ini tidak pandai main alat muzik jadi saya hanya humming untuk dua lagu ciptaan saya itu. Buat masa ini biarlah saya simpan dulu lagu tersebut. Kalau dah bersedia nanti, barulah saya tunjukkannya,” jelas Elyana.

GUA

Read more...

Port Dickson!!!

Pada 10/4/10 bulan lepas (tak lama sgt,baru² ni je) , Elyana dan sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson!

Nampak meriah je. Elyana,keluarga,tunang Elyana pun ada,Khairul..
Kalau korang tengok gambar Elyana ketika main pasir dengan Shisha,Elyana nampak macam makcik² gitu,huhuhu!

Mungkin sebab saiz badannya yang chubby itu :p
But,stil gorgeous u alls!

Jum ushar² gambar² yang diambil semasa percutian keluarga itu..
yeahhh!!


pics ;







credit pics : Els Williams

Read more...