Congrats Nana!!
Wednesday, June 17, 2009
‘K’ (baju petak) menjadi pilihan Elyana walaupun jarak usia mereka ialah 12 tahun.
TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi yang sinonim dengan kaki ayam dan sifat selamba, Elyana, 22, akan menjalani satu tingkat dalam fasa kehidupannya sebagai gadis.
11 Julai bakal menyaksikan pemegang nama Erneelya Elyana Emrizal menjadi tunangan kepada K (nama mahu dirahsiakan), seorang pengusaha restoran sushi di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Tiga tahun menyemai cinta bersama, hati mudanya kini bersedia untuk memulakan langkah ke alam perkahwinan.
Pada awal perkenalan, ‘jejaka sushi’ tersebut tidak mengenali Elyana sebagai seorang penyanyi. Perkenalan yang diusulkan seorang kawan itu juga bermula hambar.
Namun bak kata pepatah, ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu jua. Jalinan cinta terbentuk setelah masing-masing merasakan ada magnet dan listrik antara mereka.
Selama berkawan, Elyana yang mesra dipanggil Nana dengan bakal tunangannya, K, tidak terlepas daripada menjadi bahan tohmahan orang kononnya mereka tinggal serumah.
Elyana tidak lagi tinggal bersama di kediaman ibu bapanya sejak lebih setahun lalu, sebaliknya pulang ke rumah sendiri kerana mahu berdikari.
Elyana juga turut dikaitkan dengan pengacara Ally Iskandar.
Namun, segala cakap-cakap belakang itu bakal terungkai apabila penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini memilih K sebagai tunangan.
Hati mudanya sudah bersedia ke arah itu termasuk menghadapi dugaan menjadi tunangan orang.
Dengar khabarnya nak bertunang ya?
Betul, saya akan bertunang pada 11 Julai ini. Majlis itu akan diadakan di Restoran Jeumpa D’Ramo, Bangsar selepas solat Zuhur.
Kenapa tidak dibuat di rumah keluarga di Shah Alam?
Awalnya mahu dilakukan di rumah sahaja tetapi memandangkan jiran saya sedang buat renovasi rumah, jadi rasanya tidak sesuai. Sebab itu saya dan keluarga memilih Jeumpa D’Ramo.
Apa tema yang dibuat untuk majlis ini?
Tiada tema. Biasa-biasa sahaja. Kami akan buat hantaran sembilan dulang berbalas tujuh. Sekarang pun tengah sibuk buat persiapan. Pening juga dibuatnya (ketawa).
Berapa lama ikat tali pertunangan?
Tidak tahu lagi. Tempohnya akan ditetapkan pada tarikh 11 Julai nanti.
Kenapa tidak pilih tarikh 5 Julai sempena hari jadi Elyana?
Awalnya memang mahu memilih tarikh hari jadi saya tetapi memandangkan hari tersebut jatuh pada hari terakhir ibu saya akan menghadiri kursus haji, kami bersetuju menganjakkannya ke 11 Julai.
Elyana sudah bersedia menempuh dugaan alam pertunangan pada usia muda?
Saya bersedia. Bagi saya bertunang adalah sebagai tanda kita milik pasangan kita. Pertunangan juga menunjukkan hasrat kita untuk berkahwin. Sudah sampai jodoh dan saya sudah bersedia sepenuhnya untuk masuk ke alam rumah tangga.
12 tahun perbezaan usia, apa yang menjadi persamaan antara Elyana dan K?
Dulu saya tidak pernah serius. Saya tidak letak 100 peratus kepercayaan dan sayang kepada teman lelaki yang dulu-dulu sebab saya takut. Tapi kali ini lain. Saya alami perasaan yang berbeza. Saya rasa selamat dan selesa dengan K.
Dalam apa jua situasi, kami sentiasa terbuka dan tidak pernah sorokkan diri sebenar. Itu yang membuatkan saya yakin. - KOSMO
p/s: yang 15 Julai tu,kabar angin jela yerk!

5 comments:
Tahniah Nana. Semuga berpanjangan jodohnya hingga kejinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat.
alah mamat ni kerja kat restoren the talk bangsar lah. restoren jepun dan juge arak. harap2 pertunangan dorg ni dirahmati la walaupun duduk sebumbung kan..aminn
penah jumpa dia ke?
aku pun penah gak nak kawen dulu- nak tunang--- itu cerita mase muder mudi dulu-- orang muder ni akal terlalu pendek.. lalu buat keputusan pun terburu-buru--- korang berdua bole kawen tapi 'elyana' tu hak milik music malaysia--- sebelum kawen atau tunang pun dapat bikin satu album pun jadik la beb...
thinks regards
Israq Ismail
tahniah
Post a Comment