Elyana bertunang 15 Julai ni??
Monday, June 15, 2009
SUDAH lama Joyah tak dengar kisah Elyana yang sering hadir secara unik di pentas. Berkaki ayam, itu aliran yang dibawa Elyana yang kini juga amat 'laku' dalam bidang lakonan.
Pernah juga Elyana yang comel lote ini panas sekejap dengan kisah-kisah cintanya dengan seorang jejaka, pemilik sebuah restoran.
Tak lama selepas itu kisah percintaan mereka senyap sahaja. Elyana pun Joyah tengok tak berapa gemar sangat nak bercerita soal hati dan perasaan.
Tapi baru-baru ini Joyah terdengar yang Elyana dan buah hati pengarang jantungnya itu sudah merancang mahu mendirikan rumah tangga.
Wah! Nampaknya dalam senyap-senyap mereka merancang. Baguslah begitu. Tunggu lama-lama pun tak guna.
Khabarnya Elyana dan belaian jiwanya itu memilih 15 Julai ini untuk mengikat cinta mereka dengan tali pertunangan.
Khabarnya kekasih Elyana pun tengah sibuk buat persiapan. Dengarnya baru-baru ini dia dah keluarkan duit simpanan untuk majlisnya itu.
Mesti sekarang hati Elyana sedang berbunga bahagia kan. Iyalah, tak lama lagi akan disunting buah hati.
Nantilah Joyah risik-risik ya bila pula mereka nak melangsungkan perkahwinan dan berapa jumlah hantaran yang akan diterima. - PANCAINDERA, UTUSAN
0 comments:
Post a Comment