Bertunang di Restoran

Thursday, July 2, 2009

Yakin tempoh perkenalan lebih dua tahun sudah cukup untuk mempersiapkan diri melangkah ke alam perkahwinan, SS dengar penyanyi dan pelakon berbakat besar, Erneelya Elyana Emrizal, 22, mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman gadisnya.

Percintaan Elyana dengan jejaka dikenali sebagai K, kini bukan gosip lagi sebaliknya mereka bakal melangsungkan pertunangan pada 11 Julai ini. Undangan menghadiri majlis itu sudah dilayangkan ke pejabat SS semalam.

Majlisnya bakal berlangsung di Jeumpa D'ramo, Bangsar selepas solat Zuhur. Tahniah SS ucapkan kepada Elyana dan yakin ini langkah pertama Elyana untuk mempraktikkan kehidupan sebagai tunang orang sebelum menghadapi situasi sebenar sebagai isteri selepas berkahwin.

Tertanya-tanya juga SS mengapa Elyana tidak memilih 5 Julai sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-22 sebaliknya memilih 11 Julai. Begitu juga lokasi yang dipilih di restoran dan bukan di kediaman orang tua sebagaimana selalunya majlis pertunangan.

Korek punya korek, SS dimaklumkan Elyana memang hendak sangat melangsungkan pertunangan pada hari jadinya, tetapi pada tarikh itu ibu bapanya mengikuti kursus haji.

Majlis pertunangan pula terpaksa dilangsungkan di restoran kerana rumah orang tuanya dalam proses pengubahsuaian.

Apapun, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka pilihan hati penyanyi terkenal imej berkaki ayam ini. Lelaki bertuah itu, kalau tidak silap SS seorang pengusaha restoran sushi di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Apa yang membuatkan SS tertarik, jika Elyana berusia 22 tahun, teman lelakinya itu berumur 34 tahun. Ini bermakna perbezaan usia mereka 12 tahun.

Difahamkan, Elyana memilih K kerana dia berasa selesa dan selamat bersama pemuda itu yang dirasakan matang dan mampu memimpinnya.

SS harap berita ini tidak mengecewakan seseorang. Bukan apa, setahu SS ada pengacara popular sangat meminati Elyana. - Harian Metro [Soseh² kolum]

5 comments:

Faz Fazrin July 2, 2009 at 11:37 PM  

wawawawa buah hati aku dah bertunang,hehehe

Mawar Desa July 3, 2009 at 2:04 AM  

kak ely yg cntik dah nk bertunang 0h tidak...
thniah

Jeumpa July 3, 2009 at 6:44 PM  

Restoran ke hotel? Jeumpa D'ramo tu kalau tak salah guest house kat Bangsar kan.. www.jeumpadramo.com

Selamat untuk Elyana & K!!
Thx.. :)

Anonymous,  April 27, 2010 at 2:39 PM  

elok la kawin cpt elyana oi. Dah haram duduk sebumbung dgn khairul tu,termengandung pulak dulu tanak mengaku kan.. Bwk2 la insaf cepat mengucap panjang.. hidup pun tak lame je lg kan.

Post a Comment