Hatta Dolmat Outfit Review
Sunday, November 21, 2010
BUDIEY.COM Di entri ini, Budiey mahu meletakkan beberapa gambar potret Elyana  sebelum dan selepas penyanyi ini menjadi isteri kepada Khairul Anuar  Husin. Sebelum terlupa, Budiey ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat  Elyana. Ringkas je ucapan Budiey sebab semalam krew video rasmi wedding  Elyana ada ambil ucapan panjang lebar dari Budiey, jadi bolehlah tonton  nanti. Hehe. Untuk tampil anggun di majlis akad nikah, Elyana telah memberi peluang kepada pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat  dari Adi Busana Hatta Dolmat Couture untuk mencipta satu persalinan  berupa busana kurung moden yang berwarna biru firus Tiffany. Dihiasi  dengan kemilau jemaki berwarna putih dengan sentuhan sulaman lembut  mawar putih. Dikatakan lebih dari 3000 batu swarozki telah diuliskan di atas  busana istimewa yang anggun ini. Nampak elegan dengan suntikan mewah  tetapi masih mengekalkan kemanisan layak pakaian pernikahan. Ramai  kawan-kawan Budiey tak bersetuju kerana Elyana tidak mengenakan tudung  semasa akad nikah. Budiey pun rasa macam tu, kalau nak lebih manis lagi  semasa majlis akad, biasanya gaya tudung boleh mewarnakan aura yang  lebih manis dan sopan. Mungkin untuk selebriti ada kelainan sikit.  Elyana hanya mengenakan selendang yang menutup sebahagian sahaja kepala.  Namun, masih tetap anggun kan? Bertambah manis dan anggun setelah disolek dan ditatarias oleh  jurusolek yang tidak asing lagi dengan layangan magistiknya iaitu  Saidatulnisa Aminuddin.








source and credit budiey.com



0 comments:
Post a Comment