Opie XXXL ?

Saturday, May 29, 2010

Okay! Bercakap mengenai drama terbaru Elyana ni, Dunia Metropolitan itu adalah Dunia Baru The Reunion . Dan tentunya ramai peminat-peminat drama bersiri Dunia Baru diluar sana ternanti-nantikan drama ini.. Jum baca article yang dipetik dari Gua.com.my nih!

" Seperti yang didedahkan oleh Normah Becok dalam ruangan 'Dengarnya' hari ini, drama bersiri kegemaran ramai, 'Dunia Baru' bakal kembali menemui peminat. Lebih tepatnya, pada 7 Jun depan. Tetapi kali ini, bukan di kaca TV tetapi online, dan hanya di gua.com.my.


Kisah 'Dunia Baru The Reunion' menemukan para peminat dengan watak-watak kesayangan mereka seperti Opie, Tajol, Madihah dan Anizah selepas mereka sudah meninggalkan universiti dan kini menempuh kehidupan di alam pekerjaan.

Selain itu, banyak jugalah perubahan peribadi yang mereka lalui. Ada yang dah berkahwin, ada juga yang sudah memiliki cahaya mata. Tapi, ada yang perangainya tak ubah-ubah seperti dulu. Namun, perubahan yang paling mengejutkan semestinya pada diri Opie. Gadis pujaan lelaki ketika di universiti dulu sudah menjadi bahan ketawa, gara-gara berat badannya yang mencecah 100 kilo!

Kalau nak tahu perkembangan cerita selanjutnya, kena-lah layari gua.com.my bermula 7 Jun ini.

Dan semestinya soalan yang bermain di fikiran ramai, adakah 'Dunia Baru The Reunion' akan tampilkan pelakon asal drama bersiri tersebut? Berita baiknya, barisan pelakon utama telah kembali untuk menjayakan drama online ini, termasuk Elyana, Anne Ngasri, Wan Elyas, Anita Baharom dan Nur Zazlen Zulkifli. "

credit : GUA

0 comments:

Post a Comment