Elyana : Ia Akan Berlaku
Saturday, May 29, 2010
'Dunia Baru Reunion' merupakan penampilan drama pertama Elyana  setelah sekian lama mendiamkan diri.
Kongsinya, bukan tiada tawaran yang diterima tetapi semuanya ditolak  kerana dia tidak yakin dengan penampilannya. Seperti ramai yang sedia  maklum, penyanyi "Kalis Rindu" ini kini tampil lebih berisi.
Buat mereka yang menyangka kenaikan berat badan Elyana disebabkan dia  ditinggalkan tunangnya, Khairul Anuar - kononnya sebab itulah majlis  perkahwinan mereka tidak jadi diadakan pada Julai depan - kata Elyana,  "It's still on."
"Ia akan berlaku, insyaAllah, dalam tahun ini juga. Bila kami bertunang  pada Julai lalu, persetujuan kami adalah untuk bertunang selama setahun.
 "Penangguhan ini disebabkan beberapa faktor, seperti dewan yang kita nak  takde, masa pun tak sempat kerana jadual kerja kami yang sibuk."
 Tentang punca kenaikan berat badannya, jelas Elyana, kemungkinan ia  berlaku sewaktu penggambaran 'Katrina Kamelia'.
"Selama empat bulan, hari-hari saya makan. Berat pun naik dari 55kg ke  62kg. Tapi saya dah mula kawal makan. Saya tak pergi gim, cuma elak dari  makan waktu malam. Saya memang gila makan malam. Sekarang berat dah  turun 3kg."
"Rasanya macam didera"
Penurunan berat badannya memudahkan Elyana memberi  persetujuan untuk turut sama di dalam 'Dunia Baru Reunion'.
"Selama ini, ramai yang minta agar 'Dunia Baru' disambung. Jadi, bila  ditawarkan, saya terus kata 'Ya'. Ia sebagai satu hadiah buat peminat  yang sudah lama menunggu. Selain itu, saya juga rindu dengan kawan-kawan  semua. Susah nak cari peluang untuk berkumpul bersama."
Bercerita tentang wataknya, Opie, kongsi Elyana, dia sudah bersaiz XXXL  dan sebab itu, tidak yakin dalam setiap perkara yang dilakukannya.  Kerana keadaan fizikalnya, dia juga sering dibuli.
Untuk mendapatkan tubuh yang lebih tembam, Elyana terpaksa memakai sut  yang diperbuat dari span.
"Rasanya macam didera," kongsinya kepada GUA tentang pengalamannya  memakai sut span. "Susah nak berjalan sebab ia ketat dan di dalamnya,  memang panas sampai berwap. Satu cabaran hendak berlakon di dalam sut  itu."
"Senang kerja dengan Aidit"
Selesai sudah dengan penggambaran 'Dunia Baru Reunion', Elyana akan  menumpukan perhatiannya pada album baru. Lagu-lagunya sudah ada, cuma  menunggu masa untuk masuk studio dan rakam.
Seperti biasa, Elyana akan bekerjasama dengan pengubah lagu popular,  Aidit Alfian.
"Dia seorang yang pelik. Sukar untuk menjangka apa dia nak cakap. Saya  mula bekerjasama dengannya sejak saya di Tingkatan 1 lagi. Dia memahami  apa yang saya nak dalam muzik saya," terang Elyana tatkala ditanya  mengapa Aidit sering menjadi pilihannya bila menghasilkan album.
"Orang lain mungkin kata mereka faham tapi bila buat, hasilnya lain dari  apa saya nak. Senang kerja dengan dia. Dia pandai bagi 'mood'. Tetapi  untuk album ini, bukan semua lagu karya Aidit. Enam darinya adalah  daripada komposer lain seperti Ajai."
Masih mempertaruhkan konsep pop rock, album tersebut bakal  memperlihatkan kelainan dari segi kematangan muzik dan lirik, seiring  dengan peningkatan usia Elyana yang bakal memasuki 23 tahun pada 5 Julai  ini.


0 comments:
Post a Comment