1 JUTA HITS!

Tuesday, February 16, 2010


HerNameIsElyana website telah menerima 1 JUTA HITS daripada korang semua!

Terima kasih kepada semua yang selalu melayari laman web tersebut,
dan menyokong kami.. InsyaAllah , lagi 3 bulan ,kami akan menerima se-kurang²nya
2 JUTA HITS daripada korang semua..

Apa² cadangan untuk mempertingkatkan lagi website tersebut,
emelkan kepada hernameiselyana@gmail.com ...

Terima Kasih Semua from HerNameIsElyana Team

Read more...

Happy Birthday Elsa !

Monday, February 15, 2010

hadiah daripada Elyana

Pada 8 Feb 2010 yang lepas , Elsa (adik Elyana) menyambut hari lahirnya yang ke 20 tahun... Sambutan hari lahir beliau, di sambut dengan meriah dan happy sekali :)


Jum intai sedikit gambar daripada party tersebut .yay!


Read more...

Sesi Soal Jawab

Sunday, February 14, 2010


Salam semua... Lama dah kitorang tak update blog ni.Sory kepada semua yang hari² datang ke blog ni.

Dan sekarang , jum kita ikuti sesi soal jawab antara Elyana dan peminat²nya yang lain. Mana tahu korang salah seorang daripadanya....

Utamakan bidang nyanyian
Saya merupakan salah seorang peminat anda dan sangat mengagumi bakat nyanyian yang anda miliki.

1. Apa perkembangan terbaru Elyana?

2. Dulu menyanyi sekarang berlakon pula. Apa pendapat Elyana tentang perkara ini?

3. Lakonan anda dalam drama siri di Astro nampaknya boleh dibanggakan. Jika diberi peluang adakah Elyana mahu menjadi pelakon sepenuh masa?

Pari-Pari,
Kuala Lumpur.


ELYANA

1. Buat masa ini saya baru sahaja selesai rakaman sebuah program masakan yang akan disiarkan RTM sedikit masa lagi. Dalam bidang lakonan pula semuanya masih lagi seperti biasa. Banyak tawaran yang saya terima setakat ini tetapi tak semua saya ambil.

2. Sama seperti orang lain, saya hanya mahu mengembangkan bakat seni yang ada dalam diri. Walau apa yang saya lakukan, saya pasti melakukan yang terbaik. Saya juga masih lagi mencari keyakinan diri dalam bidang lakonan.

3. Keutamaan saya masih lagi dalam bidang nyanyian. Saya tak rasa saya akan meninggalkan bidang nyanyian semata-mata mengejar bidang lakonan. Harap-harap semuanya akan seiring.
------

Tak kisah tak popular
Assalamualaikum. Harapan saya semoga Elyana terus sukses dalam kerjaya seni dan memberikan yang terbaik kepada peminat.

1. Kenapa Elyana sudah tidak mengeluarkan produk baru khususnya dalam bidang nyanyian?

2. Sejak kecil sudah menjadi penyanyi. Adakah anda berpuas hati dengan perjalanan kerjaya seni anda?

3. Nama Elyana sudah tidak sepanas dulu dek lambakan artis-artis baru. Apa komen anda dan apakah tindakan anda?

Marzuki Hananfi,
Kuala Ketil, Kedah.

ELYANA

1. Saya baru sahaja menandatangani kontrak baru dengan FMC Music dan semuanya masih lagi dalam perancangan. Sekarang pihak syarikat rakaman masih lagi menunggu meterial terbaru terutamanya daripada Aidil Alfian dan Nan. Harap peminat bersabar.

2. Sangat berpuas hati. Saya bekerja sejak umur belasan tahun lagi dan sudah pasti ia memberikan kepuasan apabila dapat pegang duit sendiri. Tapi dalam masa yang sama saya masih lagi seperti dahulu dan bekerja untuk menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

3. Ini kitaran yang akan berlaku pada setiap anak seni. Saya tidak kisah dengan apa juga tafsiran orang dan saya tahu apa yang saya lakukan. Lagipun tak guna popular jika tak ada sebarang produk yang boleh dibanggakan. Bukankah lebih baik kalau ia datang seiring.
------

Nak jadi cikgu lukisan
Hai Elyana, apa khabar? Harap Elyana sentiasa sihat dan diberkati dalam perjalanan hidup. Saya juga berharap Elyana dapa menjawab soalan saya.

1. Apa impian Elyana yang masih belum tercapai setakat ini?

2. Jika tidak menjadi anak seni, agak-agaknya pa yang akan terjadi kepada Elyana?

Mila,
Marang, Terengganu.

ELYANA

1. Banyak impian saya yang sudah dan belum tercapai. Rasanya tak perlu diwar-warkan kepada umum kot. Hahaha! Saya sudah membeli rumah sendiri dan harap-harap sedikit masa lagi saya dapat beli kereta idaman kot.

2. Kalau tidak menjadi anak seni, rasanya saya mahu menjadi seorang guru seni lukis, mungkin. Saya suka melukis dan sangat berminat dengannya. Kalau tidakpun saya mungkin akan menjadi pekerja pejabat yang bekerja mengikut waktu pejabat.
------

Tak cari kontroversi
Hai, saya merupakan peminat setia anda sejak anda popular dengan lagu Niat lagi. Bagi saya anda berbakat cuma perlu digilap lebih untuk menjadi penyanyi yang hebat.

1. Nama Elyana sering kali dilanda gosip. Jadi bagaimana anda menghadapinya?

2. Bersaing dengan penyanyi kelahiran program realiti. Adakah Elyana rasa itu sesuatu yang membimbangkan?

3. Perlukan seseorang artis mencari publisiti dengan cara kontroversi?

Nur Rahimah Tajul Arifin,

Manong, Perak.

ELYANA

1. Gosip ni dah jadi lumrah hidup. Ada gosip yang menaikkan artis dan ada juga yang menurunkan reputasi. Saya tak kisah dengan dengan semua itu selagi saya tahu apa yang saya lakukan. Kalau tak mahu di gosip, jangan buat perkara yang menyalahi etika mahupun melakukan perkara negatif. Itu yang saya pegang selama ini. Saya tidak akan layan gosip yang tidak berasas.

2. Saya tak pernah gentar dengan semua ini. Bagi saya masing-masing ada kelompok peminat tersendiri dan semuanya mahu berjaya. Siapa yang berusaha lebih dialah yang akan berjaya. Saya tak pernah bimbang kerana saya yakin dengan apa yang saya lakukan.

3. Tak perlu untuk seseorang artis mencari kontroversi untuk popular. Ini bukan jalan yang terbaik. Tapi kalau orang lain nak buat saya tak kisah. Saya mahu orang mengenali saya dengan hasil kerja dan bukannya kontroversi.
------

Rahsiakan tarikh kahwin
Assalamualaikum. Apa khabar? Harap Elyana sihat dan ceria-ceria sahaja. Sudi-sudilah kiranya dapat menjawab soalan saya ini ya.

1. Bertunang sudah, bila lagi nak mendirikan rumah tangga?

2. Apa ciri-ciri tunang Elyana sehingga membuatkan anda jatuh hati padanya?

3. Jika tidak terlibat dalam aktiviti seni, apakah yang akan anda lakukan?

Miss Keypoochi,
Banting, Selangor.

ELYANA

1. Memang saya tidak mengumumkan lagi bilakah tarikh saya akan mendirikan rumah tangga. Bukan niat mahu berahsia tetapi cadangannya masih tahun ini ataupun tahun hadapan. Kalau tiba masanya saya akan mengumumkannya kepada peminat.

2. Mungkin dia seorang yang penyabar dan penyayang. Saya menyukai ciri-ciri yang ada dalam dirinya terutama keperibadiannya yang begitu menarik hati. Kalau nak cerita panjang sangat, cukup setakat itu sahaja.

3. Jarang saya mempunyai masa terluang. Kalau adapun saya lebih suka duduk di rumah ataupun pergi menonton wayang sahaja. Selain itu saya juga akan pulang ke rumah keluarga jika berkesempatan.


- PANCAINDERA

Read more...