Ally Iskandar cinta baru ELYANA?
Sunday, February 1, 2009
Elyana dan Ally Iskandar dikhabarkan semakin intim.
Personaliti TV3 dikatakan semakin intim dengan penyanyi remaja
PENGACARA, penerbit dan personaliti popular TV3, Ally Iskandar kini dikhabarkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi remaja yang semakin panas, Elyana! Itulah angin yang bertiup kencang ke telinga Zubir, sepanjang minggu lalu.
Zubir dengar cerita, selepas Elyana putus cinta dengan kekasihnya, seorang pengusaha makanan Jepun di Bangsar, Kuala Lumpur, dia kini semakin intim dengan Ally. Elyana pernah mengaku dengan kawan baiknya, Ally adalah seorang pemuda yang very caring. Tapi, sedih juga apabila Zubir mendengar kisah putus cinta Elyana kerana dia dan kekasihnya itu sudah menjalin percintaan selama tiga tahun dan mereka merancang nak kahwin tak lama lagi, tapi apakan daya, tiada jodoh antara mereka.
Bagaimanapun, jika khabar angin ini benar-benar jadi kenyataan, Ally dan Elyana sah bercinta, memang cute pasangan itu!
2 comments:
ini sume mainan media..semua auta
tahu2!
Post a Comment